JAPANiCAN.com > JAPANiCAN.com Blog > Hotel Fuji popular dengan pelan bufet kreatif ikut musim dengan masakan Jepun, barat dan cina
Hotel Fuji popular dengan pelan bufet kreatif ikut musim dengan masakan Jepun, barat dan cina


Merupakan tempat peranginan kolam air panas, hasil gandingan ketenangan ala Jepun dan kemeriahan ala barat. Anda dapat menikmati pelbagai tempat mandian termasuk tempat mandian batu besar, salah satu yang paling besar di Yamanashi. Bufet kreatif ikut musim dengan masakan Jepun, barat dan cina mendapat sambutan yang tinggi. Disediakan sudut demonstrasi gaya membuat sushi dan memasak tempura, anda juga dapat menikmati hidangan ikut musim yang menggunakan pelbagai jenis bahan makanan tradisional Jepun.



Selain dari tempat mandian berbatu-bata yang merupakan salah sebuah yang paling besar di Yamanashi, tedapat juga tempat mandian terbuka (roten buro) yang diselubungi kehijauan pokok-pokok dan juga tempat mandian peribadi yang boleh disewa khas yang memberi pemandangan indah (dan air panas barunya sentiasa mengalir masuk dan tidak dikitar semula). Anda boleh menikmati kolam air panas sepuas-puasnya.





Lobi dengan gaya resort


Bilik tetamu di bangunan utama dan juga di bangunan aneks Biho adalah berdasarkan bilik tradisional Jepun dan ianya direka untuk memberi ruang yang tenang agar anda selesa beristirehat.




Book a room at Hotel Fuji!



[ Malaysian | published 1900.10.26 | PermaLink ]
Monthly Archive