JAPANiCAN.com > JAPANiCAN.com Blog > Hotel Hatta, "Hotel untuk kecantikan, kesihatan dan kesenangan hati" mengutamakan layanan kepada para tetamu dengan konsep "Ichigo Ichie (yang bermaksud "mementingkan pertemuan kerana mungkin ia hanya sekali dalam seumur hidup").
Hotel Hatta, "Hotel untuk kecantikan, kesihatan dan kesenangan hati" mengutamakan layanan kepada para tetamu dengan konsep "Ichigo Ichie (yang bermaksud "mementingkan pertemuan kerana mungkin ia hanya sekali dalam seumur hidup").

Tarikan utama Hotel Hatta yang berkonsepkan "kecantikan, kesihatan dan kesenangan hati" adalah kolam air panas. Kami menghidangkan "Kaiseki course meal" hasil gabungan masakan Jepun dan masakan Barat yang menggunakan bahan makanan tempatan. Hotel ini juga adalah fasiliti peningkatan kesihatan yang pertama diiktiraf di seluruh Jepun oleh Kementerian Kesihatan Jepun.

Yamanashi negeri Gunung Fuji, pemandangan indah dan jernih. Terletak di Kawasan Kolam Air Panas Isawa yang kaya dengan hasil dari pokok buah-buahan, Hotel Hatta bersedia menyambut kedatangan tetamu dengan lobi berdindingkan kaca yang dipenuhi pancaran cahaya matahari dan juga, taman kolam yang indah dimana ikan-ikan "koi" bermain-main di dalamnya. Kakitangan kami sedang mempelajari bahasa isyarat untuk melayan tetamu yang memerlukan.


Tempat mandian besar "Iyashi no yu (kolam kesenangan hati)" merupakan tempat mandian terbuka yang paling besar di Isawa dan mempunyai kolam air panas bersuhu tinggi, sederhana dan rendah. Disamping itu di tingkat 7, terdapat tempat mandian "wain" sambil boleh menikmati pemandangan, merupakan satu-satunya tempat mandian seperti itu di Jepun. Kesan dari polifenol memberi warna dan baunya yang mengkagumkan dan juga menggalakkan perpeluhan. Air panas yang disalurkan ke bilik mandi di setiap bilik tetamu adalah 100% dari kolam air panas.


Kaya dengan hasil bahan makanan tempatan. Kami mewarisi masakan secara turun-temurun yang sudah luas berakar umbi dan disayangi di daerah ini. Kami juga berusaha gigih sambil mengutamakan buatan tangan dalam menghasilkan masakan baru yang sesuai dengan zaman sekarang dan yang dapat menggembirakan para tetamu.


Bangunan dibina dengan gaya seni halus tradisional Jepun disebut "Sukiya zukuri" dengan ruang bilik yang luas. Kesemua bilik adalah bilik tradisional Jepun. Bilik 10 jo (kapasiti 2-4 orang) : 40 bilik. Bilik 10 jo + 4.5 jo (kapasiti 3-5 orang) : 1 bilik. Bilik 10 jo + 8 jo (kapasiti 3-8 orang) : 1 bilik. Bilik 12 jo + 4.5 jo (kapasiti 3-8 orang) : 8 bilik. Bilik 6 jo + 6 jo + 8 jo (kapasiti 3-9 orang) : 6 bilik. Kapasiti 330 orang dengan 56 bilik, dilengkapi tandas canggih (shower toilet).


Air di kolam air panas di Hotel Hatta mempunyai pH yang tinggi. Air (dan air panas) di dalam hotel termasuk di tempat mandian besar, diproses untuk memberi kesan FFC (pengurangan proses penuaan dan peningkatan fungsi kehidupan). Ia berkemungkinan memberi impak di dalam pemulihan daripada keletihan, perpeluhan, peredaran darah, menggalakkan metabolisme, kecantikan kulit dan berbagai lagi kesan baik kepada kesihatan anda.

Kami menghidangkan "Kaiseki course meal" gabungan masakan Jepun dan masakan Barat. Selain itu, pelbagai masakan "a la carte" juga disediakan. Sarapan disediakan dengan gaya bufet. Anda boleh memilih dari lebih 30 jenis masakan.


Konsert dengan wain diadakan di lobi (satu syiling 500 yen), yang berlatar belakangkan halaman dan lobi yang berdindingkan kaca dan siling yang tinggi memberi impak kesan terbuka, dipenuhi dengan cahaya matahari pada siang hari dan bintang yang bersinar-sinar pada malam hari, dan bertambah lengkap dengan ikan-ikan koi bermain-main di dalam kolam taman. Anda akan dihiburkan dengan persembahan "live" piano sambil boleh mencuba wain hasil tempatan yang terkenal dari kawasan Yamanashi.
(Masa : 8-9 mlm, Hari : tidak tetap, bukan setiap hari).



Book a room at Hotel Hatta!



[ Malaysian | published 1900.10.26 | PermaLink ]
Monthly Archive