KONANSOU

Konanso, sebuah hotel di tepi tasik yang dipeluk Gunung Fuji

Terletak di tepi Tasik Kawaguchiko, menyajikan anda pemandangan yang penuh berwarna-warni mengikut musim


Anda dapat menikmati kolam air panas hasil kekayaan Gunung Fuji, seperti tempat mandian besar dengan pemandangan panorama Gunung Fuji, dan juga tempat mandian terbuka (roten buro)


Anda juga boleh menikmati mandian kaki di atas bangunan (ruftop) yang menyajikan pemandangan luas


Kami menyediakan bilik tradisional Jepun di mana anda dapat menikmati pemandangan Tasik Kawaguchiko, dan juga bilik yang dilengkapi ruang mandi terbuka (roten buro) sambil menikmati pemandangan Gunung Fuji



Pelbagai jenis kolam air panas disediakan untuk dinikmati seperti tempat mandian besar yang menyajikan pemandangan Gunung Fuji, tempat mandian terbuka, tempat mandian peribadi (dikenakan bayaran), tempat mandian kaki dan sebagainya



Makan malam akan disajikan dengan hidangan set jamuan Jepun yang dipanggil"Kaiseki" dan hidangan set makanan Jepun untuk sarapan


Para tetamu yang memilih pelan termasuk makan malam diminta supaya tiba di hotel sebelum pukul 6:00 petang. Waktu makan malam paling lewat disajikan bermula pada pukul 7:00 malam dan berakhir pada pukul 9:00 malam. Waktu sarapan paling lewat disaji bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 9:00 pagi. Kami tidak menyediakan makanan khas untuk Muslim, oleh itu sila beritahu terlebih dahulu jika ada makanan yang tidak boleh dimakan atau memerlukan sajian makanan vegetarian. Terdapat sebuah restoran yang menyediakan masakan halal, iaitu Arajin Indo Restoran/Alladin Indian Restaurant (3 min dengan kereta)



Book a room at Konansou!



[ Malaysian | published 1900.10.26 | PermaLink ]
Monthly Archive