JAPANiCAN.com > JAPANiCAN.com Blog > Sangat popular di kalangan orang dewasa Thai! Di Sunnide Resort anda boleh menikmati dataran persekitaran wilayah timur dan barat, serta Gunung Fuji yang terletak di seberang sana Tasik Kawaguchiko.
Sangat popular di kalangan orang dewasa Thai! Di Sunnide Resort anda boleh menikmati dataran persekitaran wilayah timur dan barat, serta Gunung Fuji yang terletak di seberang sana Tasik Kawaguchiko.

Simbol terkenal Jepun, Gunung Fuji. Pemandangan Gunung Fuji yang dicerminkan songsang pada permukaan tasik bak sekeping poskad yang cantik. Tasik ini dipanggil Kawaguchiko, yang terletak di kaki Gunung Fuji. Adalah dikatakan bahawa jika tasik tersebut tiada di situ menjadi pelengkap kepada keindahan Gunung Fuji, keindahan keseluruhan pemandangan di situ akan sangat berkurang.

Kawaguchiko (lokasi hotel ini) terletak di sebuah perkampungan yang terkenal dengan mata air panasnya, dan sebuah kawasan yang popular di kalangan pelancong dengan tempat-tempat peranginannya dan pemandangan Gunung Fujinya. Terletak hanya 2 jam dari pusat bandar Tokyo, adalah mudah untuk mengunjunginya. Di antara rumah-rumah tepi tasik, mata air panas, permandian luar dengan pemandangan Kawaguchiko dan Gunung Fuji, rumah penginapan tradisional Jepun (Ryokan) juga adalah tarikan popular.

Pemandangan Gunung Fuji boleh dinikmati sepanjang tahun, dengan keindahan gunung berubah-ubah pada setiap musim. Bunga Sakura mekar bersama Gunung Fuji pada musim bunga, cahaya-cahaya kecil dari unggun-unggun api yang menyala dari pondok-pondok pergunungan di tepi gunung bersinar pada musim panas, pokok yang berwarna-warni dan salju pertama pada musim luruh, dan pemandangan bersalji pada musim sejuk memberikan pemandangan indah tidak kira bila anda putuskan untuk berkunjung.



Sunnide Resort (Hotel) yang terletak di atas Tasik Kawaguchiko sangat popular di kalangan pengunjung dari Jepun mahupun dari luar negara. Tempat kami menawarkan akses kepada lawatan di sekitar Gunung Fuji, laluan basikal dan galeri-galeri seni, dan juga mata air panas dan hidangan Kaiseki.

Setiap bilik kami menawarkan pemandangan penuh Gunung Fuji.

Tempat kami terletak jauh dari kelompok utama rumah-rumah penginapan Ryokan, memberikan anda suasana yang sunyi untuk anda bersantai.

  • Hanya 15 minit ke "Pasar Asahikawa" melalui Bas Fuji Ekspres dari Stesyen "Kawaguchiko" yang berada pada laluan kereta api Fuji Ekpress.
  • Terdapat satu bas ulang alik sehari yang bertolak dari rumah penginapan menuju stesyen Kawaguchiko pada 10:10am.

Di Sunnide Resort (Hotel), kami mengekalkan semangat tradisional Jepun "omotenashi" (layanan baik), pada masa yang sama menyediakan kemudahan hotel moden yang lengkap untuk anda.

Tingkap-tingkap di bilik-bilik dan pemandian luar kami menawarkan pemandangan menakjubkan Gunung Fuji dan tasik Kawaguchiko.

Butiran Kemudahan


Bangunan Utama

  • Bilik-bilik gaya Jepun Kapasiti 5 orang 12 Bilik

Villa

  • Bilik vila gaya Jepun dengan pemandian luar Kapasiti 4 orang  6 bilik Suite Mewah
  • Bilik gaya campuran Jepun/Barat dengan pemandian luar Kapasiti 5 orang 2 bilik Suite Premium

Butiran Bilik

  • Bilik Jepun 30.8㎡
  • Bilik campuran Jepun/Barat 60.0㎡(Suite Mewah)
  • Bilik campuran Jepun/Barat 70.0㎡(Suite Premium)


Bilik gaya campuran Jepun/Barat termasuk permandian luar yang membolehkan anda menikmati pemandangan Fuji tanpa dapat dilihat oleh orang lain. Semua bilik dilengkapi pendingin hawa, pemanas, bilik air dan tandas yang dilengkapi dengan bidet.

Kemudahan Bilik

  • Tuala mandi, tuala muka, berus gigi
  • Syampu/perapi, sabun badan, pengering rambut
  • Peti besi, TV, telefon, tandas yang dilengkapi dengan bidet

Butiran Permandian


Anda benar-benar dapat menikmati pemandangan kesemua empat musim dari pemandian luar. Pemandangan menakjubkan yang telah dinikmati oleh tokoh-tokoh bersejarah penting, dan kami menjamin anda akan mendapat pengalaman menakjubkan yang sama.

Kami semestinya mengesyorkan anda untuk meluangkan masa melawat spa awam yang berpemandangan Gunung Fuji dan tasik Kawaguchi sementara hari masih siang.

Terutamanya kepada mereka yang mengunjungi mata air panas buat pertama kalinya, jika anda rasa air terlalu panas, sila pastikan anda tidak berada terlalu lama di dalam air.

dsbnya., anda dapat menikmati Gunung Fuji dari kedua-dua permandian.

Waktu untuk spa umum adalah 3:00pm hingga 11:00pm, dan 6:00am hingga 10:00am.

Butiran Hidangan


Daripada pembuka selera hingga ke pencuci mulut, hidangan kami terdiri daripada makanan dari darat dan laut.

Hidangan Kaiseki kami dihidang dengan penuh kasih sayang oleh ketua tukang masak kami, dan dihidang dengan begitu banyak sekali bahan-bahan bermusim.

Waktu makan dan lokasi

※ Perkara penting berkenaan makan malam

Pada hari pertama, sila daftar masuk sebelum 6:00pm

Jika anda mendaftar masuk selepas waktu ini, kami tidak akan dapat menghidangkan makan malam kepada anda.

Dan juga, anda tidak akan dibayar balik untuk hidangan tersebut yang disebabkan oleh kegagalan anda untuk mendaftar masuk pada waktu yang ditetapkan.

  • 【Lokasi Makan Malam】Dewan makan utama
  • 【Waktu Makan Malam】6:00pm hingga 7:00pm selewat-lewatnya untuk bermula.
  • 【Lokasi Sarapan】Dewan makan utama, dan lokasi lain.
      Anda boleh memilih makanan antara gaya Jepun dan gaya Barat. Bufet juga disediakan.
  • 【Waktu Sarapan】7:30am hingga 9:00am selewat-lewatnya untuk bermula.

Cadangan!

Jika tidak terlalu sejuk, kami mencadangkan anda pergi ke luar untuk melihat tasik pada waktu petang, dan mengambil kesempatan ke atas spa umum buat kali terakhir sebelum spa ditutup pada 11pm.

Pagi berikutnya, kami mencadangkan anda untuk bersiar-siar menyusuri bahagian tasik Kawaguchiko dan hutan kecil yang berada di dalam kawasan kami.

Menurut ulasan pengguna mengenai mutu perkhidmatan, bilik, makanan, dan spa, kami dinilai dengan agak baik pada 4.5 daripada 5 bintang.

Tempat kami adalah sangat popular di kalangan pelancong luar, sehingga membuatkan orang mengatakan tempat ini sebagai hotel yang paling popular bagi demografik ini di negara ini.

Perkhidmatan mesra di lokasi yang hebat. Kami di JAPANiCAN mengesyorkan dengan yakin Hotel Sunnide Resort kepada semua pengunjung dari Thailand yang berhasrat mengunjunginya!

Daftar Masuk/ Daftar Keluar

  • Check-in 15:00 - 18:00Daftar Masuk: 15:00 hingga 18:00.
  • Daftar Keluar: 10:00.

Jika anda tiba di sini selepas 19:00, kami tidak akan dapat menghidangkan makan malam kepada anda. Kami ingin mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kerana memahami.

Kemudahan Internet

WiFi tersedia ada di lobi.

Perkara Penting

  • Kesemua makanan adalah makanan Jepun, bermaksud banyak bahan-bahan dari laut digunakan. Jika anda tidak menggemari ikan mentah, sila beritahu awal kakitangan sokongan pelanggan di JAPANiCAN. Kami ingin tahu lebih awal jika boleh supaya kami dapat menyediakan makanan anda sebaik mungkin.
  • Kesemua bilik "ryokan" termasuklah tikar tatami (jerami) berharga. Atas sebab ini, sila pastikan anda tidak menyeret beg pakaian anda di atasnya atau mengheret apa-apa benda di atas tikar.
  • Jika anda berada dalam kumpulan, sila menahan diri supaya tidak bercakap dengan kuat di ruang-ruang umum dan lorong-lorong. Jika anda mengehadkan perbualan anda di bilik anda sedapat mungkin, ini akan mewujudkan satu persekitaran tenang yang dapat dinikmati semua.
  • Larangan keluar ialah pada 22:00. Jika anda perlu meninggalkan hotel pada waktu malam, sila beritahu meja depan lebih awal.

Sunnide Resort Hotel




[ Malaysian | published 1900.03.24 | PermaLink ]
Monthly Archive