JAPANiCAN.com > JAPANiCAN.com Blog > Wakakusa no Yado Maruei, Kami di JAPANiCAN kini sedang menawarkan pelan penjimatan!
Wakakusa no Yado Maruei, Kami di JAPANiCAN kini sedang menawarkan pelan penjimatan!

Di kaki Gunung Fuji, Tapak Warisan Dunia UNESCO dan di atas tebing Tasik Kawaguchiko di mana keanggunan suasana empat musim terserlah. Rumah penginapan tepi tasik yang sunyi dilimpahi dengan rasa ketenangan.

Nikmatilah pelbagai kawasan mandi terbuka kami di mana anda boleh merehatkan badan dan jiwa, serta menikmati masakan Jepun kaiseki dengan perasanya yang berperencah. Kami di JAPANiCAN kini sedang menawarkan pelan penjimatan! Staf kami tidak sabar untuk menerima kedatangan anda ke Maruei, sebuah tempat yang mana anda boleh menikmati segala daya tarikan Jepun.



Rumah penginapan kami terletak di kaki Gunung Fuji, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO, di atas tebing Tasik Kawaguchiko, salah satu kawasan pelancongan negara Jepun yang semakin terkenal. Lokasinya yang sunyi jauh dari hiruk-pikuk dan kesibukan, dan ianya kaya dengan keindahan dan ketenangan. Kami memperoleh reputasi yang hebat melalui ramai pelanggan kami, dari negara Jepun dan juga luar negara.

Daripada kawasan lobi kami yang luas lagi elegen dihiasi dengan bunga-bungaan dan anak sungai yang mengalir jernih, ke salon kami yang lebar dan dewan dengan tetingkap yang besar di mana anda boleh melihat pemandangan sekitar tasik, ke platform melihat Gunung Fuji yang terletak di atas bumbung rumah penginapan di mana anda boleh mengambil panorama 360 darjah mengelilingi Gunung Fuji dan tasik tersebut, kami telah mempertingkatkan kemudahan-kemudahan demi memastikan agar anda merasa dekat dengan alam semula jadi yang kaya disekeliling kami.



Juga, anda boleh menikmati berjalan-jalan secara santai sepanjang laluan pejalan kaki di tepi tasik yang merentasi hadapan rumah penginapan, ditengah-tengah suasana alam semula jadi, dan merasa tenang di bawah naungan langit luas yang cerah.

Di samping itu, terdapat banyak lokasi kebudayaan penting yang menarik dari jarak perjalanan rumah penginapan kami, termasuklah Taman Yagizaki, terletak di sebuah perkampungan kecil di mana pertukaran suasana empat musim dimainkan, dan juga muzium Kawaguchiko, yang mempamerkan hasil kerja seorang pembuat patung terkenal bertaraf dunia Yuki Atae.

Katsuyama Fuji Omuro Sengen Shrine, direka sebagai Khazanah Kebudayaan Jepun yang Penting, menyimpan beberapa sejarah purba Gunung Fuji. Terdapat juga sebuah monumen batu bagi memperingati novelis Jepun yang hebat Jun'ichiro Tanizaki, yang menulis karya terhebatnya "The Makioka Sisters" semasa berada di Kawaguchiko.

Di rumah penginapan kami, kami menghargai hampir seluruh semangat Omotenashi, layanan tradisional Jepun, dan matlamat kami ialah ingin menjadi rumah penginapan Jepun yang gah dengan keanggunan dan layanan baik di kaki Gunung Fuji, dan untuk mengalukan semua tetamu kami.

Bagi para tetamu yang berkunjung ke rumah penginapan kami untuk merasai kehangatan rumah peranginan tradisional Jepun, dan menghabiskan masa merehatkan jiwa, kami menumpukan setiap hari untuk meningkatkan mutu layanan, berharap agar pertemuan ini sesuatu yang akan dingati dan kami dengan setulusnya menanti kunjungan anda ke rumah penginapan kami.


Memandangkan kami merupakan rumah penginapan Jepun, anda boleh beristirehat dengan selesa di dalam bilik gaya Jepun kami (bilik dengan tikar tatami). Kami mempunyai beberapa jenis pilihan, termasuklah bilik standard, bilik dengan kawasan mandi terbuka, dan bilik Jepun dilengkapi bilik air. Sila pilih sebuah bilik berdasarkan tujuan dan keperluan anda.



Terletak di tingkat paling atas rumah penginapan ialah beberapa kawasan mandi terbuka diperbuat daripada kayu cypress termasuklah "Fuji-no-yu" di mana anda boleh menikmati pemandangan Gunung Fuji, dan "Umi-no-yu" yang bertentangan dengan Tasik Kawaguchiko. Tempat mandi awam yang besar "Alps-no-yu" dihias dengan batu meiseki yang dikumpul dari segenap pelosok negara Jepun, dan "Wakakusa-no-yu" yang elegen pula terkenal dalam kalangan wanita.

Kami menukar kawasan mandian tersebut di antara lelaki dan wanita setiap pagi, supaya walaupun tetamu hanya bermalam satu hari juga boleh menikmati keempat-empat tempat mandi kami. Di samping itu, kami juga juga mempunyai tempat mandi "Fuji-no-yu", dengan pemandangan Gunung Fuji, yang boleh disewa secara berasing (tempahan hari sama, bayaran dikenakan).




Makanan petang: Masakan Jepun kaiseki yang menyeimbangkan perasa yang berperencah, dan termasuk makanan laut yang segar dan masakan daerah berperisa.

Sarapan pagi: Makanan Jepun yang melambangkan suasana musim tersebut, dan menitikberatkan keseimbangan di antara nutrisi dan kesihatan.



Tempah bilik yang didiskaunkan di Wakakusa no Yado Maruei!




[ Malaysian | published 1900.02.27 | PermaLink ]
Monthly Archive